Untuk bilik darjah
Mula bermain. Jadilah Si Hebat Internet
Interland merupakan permainan dalam talian penuh pengembaraan yang menjadikan pembelajaran tentang keselamatan digital dan cara menjadi rakyat digital interaktif dan menyeronokkan—sama seperti Internet. Pemain membantu rakan Internaut mereka menentang penggodam, pemancing data, pengongsi lampau dan pembuli dengan mengamalkan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi warga digital yang baik.
Dengan kurikulum di bawah, Interland telah dianugerahkan Seal of Alignment oleh International Society for Technology in Education.
UNTUK PENDIDIK
Kurikulum Be
Internet Awesome
Membantu pelajar menjadi warga digital yang bertanggungjawab.
Kurikulum Be Internet Awesome membekalkan alatan dan kaedah yang diperlukan untuk pengajaran asas keselamatan digital. Bahan-bahan yang dibangunkan oleh Google dengan kerjasama iKeepSafe membolehkan para pendidik mengajarkan perkara penting menerusi keseronokan bermain Interland.
Kurikulum ini disertakan rancangan pengajaran untuk kelima-lima topik, dengan aktiviti dan helaian kerja pelengkap Interland.
Semua aspek Be Internet Awesome:
- Sejajar dengan Standard ISTE
- Tidak memerlukan maklumat atau log masuk peribadi
- Boleh digunakan pada semua peranti
- Boleh diakses oleh semua tanpa bayaran
Google Slides untuk Bilik Darjah
Pengajaran khas Google Slides untuk setiap satu daripada lima pelajaran Be Internet Awesome
AKSES GOOGLE SLIDES
Paket Celik Media
Alatan dan konsep celik media asas untuk persekitaran media zaman ini terus daripada kurikulum kami.
MUAT TURUNAktiviti Bilik Darjah Boleh Cetak
Berlatih isi-isi penting Be Internet Awesome secara amali dengan lima aktiviti boleh cetak dan pelajaran Google Slides yang sedia untuk diajar.
PERGI KE AKTIVITI
Petua Menjadi Si Hebat Internet
5 petua untuk setiap tunggak Tatakelakuan Hebat Internet kami untuk membantu anda kekal selamat, pintar dan positif dalam talian.
MUAT TURUN
Poster Pelajaran Be Internet Awesome *Edisi Internaut*
Muat turun dan cetak poster harian berwarna-warni 5 pelajaran asas keselamatan digital daripada Internaut kami.
MUAT TURUN
Interland untuk Google Classroom
Gunakan Interland di dalam kelas atau bahagian khusus, atau buka kepada semua pelajar dengan pengumuman dalam kelas.
Berkongsi melalui Google Classroom
Interland untuk Chromebook Sekolah
Admin Google Workspace for Education boleh membuka Interland kepada pelajar terus daripada bar tugas Chromebook sekolah mereka.
BUKA KONSOL PENTADBIR
Kursus Pusat Guru Google for Education
Pendidik di seluruh dunia yang mahu mengajarkan kemahiran celik digital kepada pelajar pada semua peringkat umur boleh mencuba Kursus Perilaku Digital dan Keselamatan Google for Education yang baharu.
LAWATI PUSAT GURU
Poster Pelajaran Be Internet Awesome
Muat turun dan cetak poster harian berwarna-warni 5 pelajaran asas keselamatan digital.
MUAT TURUN
Sijil Be Internet Awesome
Bukti kehebatan Internet datang dalam bentuk sijil rasmi.
MUAT TURUNTemplat Aktiviti Kraf Kertas Internaut
Internaut menjelma daripada skrin ke dunia nyata dengan aktiviti kertas yang menyeronokkan ini.
MUAT TURUN
Buku Mewarna
Mari mewarna dan Be Internet Awesome dengan buku mewarna yang menyeronokkan ini.
MUAT TURUNSumber
Tambahan
INSTITUT KESELAMATAN DALAM TALIAN KELUARGA