Untuk memanfaatkan Internet, kanak-kanak perlu diajar membuat keputusan bijak. Be Internet Awesome mengajar kanak-kanak asas menjadi warga digital dan keselamatan digital untuk menerokai dunia dalam talian dengan yakin.
Tatakelakuan Hebat Internet
ASAS
Jadilah Si Hebat Internet
Berhati-hati Apabila Berkongsi
Berita baik (dan buruk) tersebar pantas dalam talian. Jika tidak beringat, kanak-kanak boleh mendapati diri mereka dalam situasi sukar yang mempunyai kesan berpanjangan. Penyelesaiannya? Belajar cara berkongsi maklumat dengan orang yang mereka kenali dan tidak kenali.
Berkomunikasi Secara Bertanggungjawab
- Galakkan perkongsian berhemah. Anggap komunikasi dalam talian seperti komunikasi secara berdepan. Jika tidak sesuai disebut, maka tidak sesuai disiarkan.
- Buat garis panduan tentang jenis komunikasi yang sesuai dan tidak sesuai.
- Pelihara butiran peribadi keluarga dan rakan-rakan.
Jadilah Si Peka Internet
Jangan Terpedaya dengan yang Palsu
Kanak-kanak perlu dididik bahawa bukan semua orang dan senario dalam talian benar seperti yang dilihat. Kemampuan untuk membezakan situasi benar dengan palsu ialah asas keselamatan dalam talian yang penting.
Kenali Tanda-tanda Penipuan
- Jika diberitahu anda telah "menang" atau mendapat sesuatu secara "percuma" dan ia diragui, kemungkinan ia memang tidak benar.
- Pertukaran yang wajar tidak seharusnya melibatkan pemberian sebarang maklumat peribadi.
- Fikir baik-baik sebelum bertindak di Internet. Dengar kata hati. Waspada terhadap pemancing data yang ingin mencuri maklumat seperti butiran log masuk atau akaun dengan menyamar sebagai kenalan anda dalam e-mel, teks atau komunikasi yang lain.
Jadilah Si Mantap Internet
Lindungi rahsia anda
Sama ada dalam atau luar talian, privasi dan keselamatan peribadi adalah penting. Melindungi maklumat berharga membantu kanak-kanak memelihara peranti, reputasi dan hubungan mereka.
Bina Kata Laluan yang Kukuh
- Pastikan kata laluan mudah diingati tetapi jangan gunakan maklumat peribadi seperti nama atau tarikh lahir.
- Gunakan gabungan huruf besar, huruf kecil, simbol dan nombor.
- G4nt1k@N huRuF d3Ng@N s1Mb0L & n0mB0R $3peRt1 In1.
Ubah Suai
- Jangan gunakan kata laluan yang sama pada berbilang laman.
- Buat variasi kata laluan yang sama untuk akaun yang berlainan.
Jadilah Si Baik Hati Internet
Jadi Baik Hati Itu Bijak
Internet merupakan wadah yang boleh digunakan untuk menyebarkan kebaikan atau keburukan. Kanak-kanak boleh berkeperibadian tinggi dalam talian dengan melayan orang lain sebaik layanan yang dimahukan untuk diri sendiri. Ini membawa kesan positif kepada orang lain dan tidak memberi muka kepada tingkah laku membuli.
Jadilah Contoh Yang Baik
- Gunakan kuasa Internet untuk menyebarkan kebaikan.
- Hentikan penyebaran mesej berbahaya atau palsu dengan tidak menyampaikannya kepada orang lain.
- Hormati perbezaan orang lain.
Ambil Tindakan
- Sekat tingkah laku dalam talian yang kejam atau tidak sesuai.
- Berusahalah untuk memberikan sokongan kepada mangsa buli.
- Galakkan kanak-kanak untuk bersuara dan laporkan pembulian dalam talian.
Jadilah Si Berani Internet
Jika Waswas, Berbincanglah
Satu panduan untuk semua aktiviti maya: Apabila kanak-kanak menemukan sesuatu yang diragui, bertanyalah dengan orang dewasa yang dipercayai. Orang dewasa boleh menyokong tingkah laku ini dengan memupuk komunikasi terbuka di rumah dan di dalam kelas.
Galakkan Tingkah Laku Berani Internet
- Terangkan peraturan dan jangkaan keluarga atau kelas terhadap teknologi, selain akibatnya apabila disalahgunakan.
- Berkomunikasi dengan kerap dan galakkan kanak-kanak untuk bertanya soalan.
- Ajak orang dewasa lain yang dipercayai seperti guru, jurulatih, kaunselor, rakan dan saudara mara untuk turut sama dalam perbualan.
Alatan & Sumber
Bermain,
Belajar dan
Kekal Selamat.
Interland
Kanak-kanak boleh bermain dan menjadi Si Hebat Internat dengan Interland. Permainan yang membimbing kanak-kanak mengamalkan keselamatan digital melalui amalan praktikal.
Main sekarangKurikulum Be Internet Awesome
Pendidik boleh memuat turun rancangan pengajaran keselamatan dalam talian yang diiktirafkan oleh ISTE Seal of Alignment dan aktiviti bantuan pengajaran dalam kelas.
Muat turunIkrar Be Internet Awesome
Sebagai penjaga keselamatan Internet di rumah, ibu bapa boleh menggalakkan penyertaan seluruh keluarga dengan menerangkan perkara asas dan menandatangani ikrar ini bersama-sama.
Muat turunRakan Kongsi Kami
Pakar Keselamatan Dalam Talian
Kami bekerjasama dengan pakar keselamatan Internet untuk memastikan program ini meliputi segala yang perlu diketahui oleh keluarga dan para pendidik.
CyberSecurity Malaysia komited dalam penyediaan rangkaian perkhidmatan, program dan inisiatif yang luas berteraskan inovasi keselamatan siber untuk mengukuhkan ekosistem keselamatan siber negara.
Pakatan Internet Keep Safe berusaha melindungi kanak-kanak, keluarga dan sekolah dengan menilai, menasihati dan mengiktiraf organisasi yang mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi dan data yang dilindungi oleh undang-undang.