Aktiviti Boleh Cetak
Latihan amali Be Internet Awesome daripada InterlandUNTUK BILIK DARJAH
Aktiviti boleh cetak interaktif baharu dengan slaid untuk membantu anda mengajarkan Be Internet Awesome
Jadilah Si Hebat Internet
Berhati-hati Apabila Berkongsi
Berita baik (dan buruk) mudah tersebar. Jika tidak beringat, kanak-kanak boleh terperangkap dalam situasi sukar yang mempunyai kesan berpanjangan. Penyelesaiannya? Belajar cara berkongsi maklumat dengan orang yang dikenali dan tidak dikenali oleh kanak-kanak.
Berkomunikasi Secara Bertanggungjawab
Jadilah Si Peka Internet
Jangan Terpedaya dengan yang Palsu.
Kanak-kanak perlu diajar tidak semua orang dan situasi dalam talian benar seperti yang dilihat. Kebolehan membezakan antara yang benar dan palsu merupakan asas penting keselamatan dalam talian.
Jadilah Si Mantap Internet
Lindungi Rahsia Anda
Sama ada dalam atau luar talian, privasi dan keselamatan peribadi adalah penting. Melindungi maklumat berharga membantu kanak-kanak memelihara peranti, reputasi dan hubungan mereka.
Jadilah Si Baik Hati Internet
Jadi Baik Hati Adalah Bijak
Internet merupakan penghebah berkuasa yang boleh digunakan untuk menyebarkan perkara positif atau negatif. Kanak-kanak boleh mengikut cara yang paling sesuai dengan menggunakan konsep "layan orang lain dengan layanan yang anda mahukan untuk diri sendiri" terhadap tindakan mereka dalam talian, seterusnya menghasilkan impak positif kepada orang lain dan tidak memberi muka kepada tingkah laku membuli.
Tunjukkan Contoh Baik Dalam Talian
Jadilah Si Berani Internet
Jika Waswas, Berbincanglah
Satu panduan untuk semua aktiviti maya: Apabila kanak-kanak menemukan sesuatu yang diragui, bertanyalah dengan orang dewasa yang dipercayai. Orang dewasa boleh menyokong tingkah laku ini dengan memupuk komunikasi terbuka di rumah dan di dalam kelas.
Galakkan Tingkah Laku Berani Dalam Talian